Pages

Thursday, January 13, 2011

cerita Lomografi

LOMOGRAFI. apa benda tu?kenapa dengan benda ?tu

ok ,hari ni kita cerita pasal lomo.Lomografi merupakan salah satu cabang fotografi. Mereka yang mengambil gambar menggunakan kamera lomo dan meminati bidang lomografi digelar lomografer. kamera lomo menggunakan filem. Kamera yang digunakan juga khusus. Terdapat pelbagai jenis kamera lomo,walau bagaimanapun konsepnya tetap sama untuk menghasilkan gambar-gambar yang menarik ,unik dan gambar yang tidak dapat diduga.

 kamera lomo

-menggunakan filem
-menghasilkan gamba yang luar biasa
-ringan
-kos yang berpatutan
-teknik yang bebas

dan banyak lagi. macam orang cakap "belum cuba belum tahu".


sumber :Lomography.com(superloqy)

untuk info menarik lagi..pergi ke http://www.lomography.com/

Wednesday, January 5, 2011

renungan seorang penganggur

aziz termenung di tepi beranda.lamunanya kosong..sepi..sayu mengenangkan nasib kaumnya yang kian layu di buai rona-rona mimpi.gitar kapok di tangannya tidak lagi aziz pedulikan walau dia baru menghafal kod lagu racun,nyanyian kumpulan the changcuters.aziz cuma seorang graduan universiti tempatan yang kini sedang menanti peluang pekerjaan.nekad aziz,peluang yang datang akan di terima dengan berlapang dada.tidak kisahlah penjawat awam mahupun swasta.sepatutnya aziz kini duduk bersenang lenang melepas lelah,setelah berhempas pulas menghabiskan masternya.namun, jiwa aziz tidak tenteram sebaik sahaja pulang.ada sahaja yang merungsingkan benaknya.fikiran aziz jauh melayang layang memikirkan masalah dunia melebihi seorang politikus yang pening memikirkan penipuan apakah yang bakal digunapakai untuk memenangi pilihan raya kali ini.




teringat lagi kejadian pagi tadi,sewaktu aziz ke kedai runcit pak majid di hujung simpang.aziz menunggang motor vespa putih milik arwah ayahnya.sedang menikmati perjalanan ke kedai,aziz terserempak dengan syieda si cantik pujaan hati aziz.syieda dan aziz sebaya,bezanya aziz menyambung pelajaran ke universiti tetapi syieda bersekolah setakat tingkatan 5 lalu bekerja di kuala lumpur.walaupun begitu,syieda tetap cantik.kulit yang putih mulus,rambut keperang-perangan,tahi lalat manis di dagu,menduga iman setiap teruna.syieda melemparkan sejambak senyuman kepada aziz,lalu aziz membalas kembali."seksi betul syieda sekarang,cantik macam minah saleh" getus hati aziz.




setelah membeli gula sekilo,aziz bercadang untuk pulang.sebelum sempat aziz menghidupkan motor,satu suara menyapa lembut dari belakang "abang,mintak tolong hantar balik rumah boleh?" aziz menoleh,"oh syieda,boleh la syieda" aziz malu-malu agas.dalam perjalanan,aziz berborak-borak dengan syieda.jarang peluang begini datang.sesekali aziz menekan brek walaupun tiada lubang di jalan mahupun bonggol.gatal juga kau ni aziz.syieda hanya mencubit aziz manja."abang,abang kalau sangap,datanglah rumah syieda ya" syieda cakap.aziz terkejut bercampur hairan,sangap? "maksud syieda?" aziz bertanya."kerja syieda di sana memang melayan lelaki,syieda tahu kehendak lelaki.abang janganlah malu-malu ya,syieda layan abang free aje,cuti ni syieda sangap juga ni,itupun kalau abang mahu"..astagha! rupa-rupanya bidadari aziz yang aziz anggap bidadari ini seorang penjaja tubuh? muka aziz merah padam menahan marah serta malu.tetap aziz cuba menahan perasaannya itu"ya lah,tapi abang belum sangap lagi,nantilah ya(perempuan sheall)" aziz menjawab selamba.namun hakikatnya,hati aziz ibarat dipotong potong kecil berbentuk kiub,lalu ditonyoh ke dalam alat pengisar kelapa.berkecai-kecai..aduhh syieda,pedihnyaaa...pulang ke rumah,aziz terus menerajang punggung anak jiran sebelahnya yang selalu melastik ayam serama belaan aziz.




aziz masih statik di beranda rumahnya..sugul di situ,diam seribu bahasa..aziz cuba merevise kembali senarai sahabat-sahabat karibnya untuk diajak melepak bersama.jamal,abdillah,saat,john,bad..bad? kawan paling akrab aziz ialah bad atau nama di dalam lesen memandunya badiuzzaman.sesuai dengan namanya yang bermaksud kegemilangan zaman,bad sememangnya seorang lelaki yang berjaya dengan gemilang.seorang ketua pengawas di sekolah rendah,mempunyai basikal chopper yang bergaya sewaktu itu,menjadi presiden persatuan matematik di sekolah menengah,seterusnya seorang ahli majlis perwakilan pelajar di universiti.sememangnya,bad digilai gadis sezamannya dan dicemburui para jejaka.ibarat tiada cacat celanya si bad ini.namun,legasi kegemilangan badiuzzaman tidak  disambung selepas itu.belumpun sempat bad menggenggam segulung ijazah,badiuzzaman nekad untuk berhenti dari menyambung pelajaran di pertengahan semester.berita tentang bad tersebar dari fakulti ke fakulti,menjadi tamparan hebat buat universiti.bad punya alasan tersendiri,beliau kini menceburi bidang perniagaan,namun bukan calang-calang perniagaan tetapi skim perniagaan bertingkat-tingkat atau lebih akrab dikenal sebagai m.l.m.bad kerap kali ponteng kuliah untuk memberi jalan kepada bisnes barunya itu,selalu bad mencanang dan menyebar propaganda kepada rakan-rakan tentang kejayaan usahanya yang memperoleh pendapatan lebih dari 20k dalam masa 3 bulan! bad yakin bahawa beliau sudah menemui lubuk kejayaan,lubuk duit.lalu dicabut gelaran mahasiswa dari bahunya.menangis si ibu,ayahnya cuma mampu menggelengkan kepala dengan sikap angkuh bad "lagi 2 tahun,duit along akan jadi lagi besar dari gaji ibu dan ayah,tengok sahajalah!" kata badiuzzaman kepada ibu dan ayahnya.sopan? cubalah baca statement bad itu dengan nada sopan,selamat berjaya!




aziz masih di situ,terdiam seribu bahasa..aziz terkenangkan pula razif,sahabat aziz di universiti.razif seorang anak ustaz yang tersohor di banting,selangor.ayahnya salah seorang pengasas pusat perubatan islam di situ.namun sayang,iman itu sememangnya tidak dapat diwarisi.razif lebih selesa mempraktiskan ilmu kamasutranya bersama daging yang tidak halal.ya,razif seorang kasanova berjaya! bertukar-tukar perempuan ibarat pakaian,tidak kira siswi,guru tadika,mak janda,semua disebatnya.asalkan adik botaknya tidak kempunan.ramai wanita layu dipelukan razif.berbekalkan wajah  kacak serta lakonan berlagak alimnya,dengan mudah razif merangka syair puisi dajal durjana.lalu ditiup kepada mana-mana wanita yang dia suka,maka terpukaulah dek sukma ashmaradana.tetapi hukum karma,tuhan itu maha adil.razif disahkan menghidap penyakit HIV dan Aids.keadaan razif semakin cacamarba dengan janggut dan misai berserakan di wajah,kurus kering di tambah kurap anjing di kepala.razif kini tidak sekacak dulu.hari-hari yang tersisa telah razif manfaatkan sebaiknya dengan menenangkan diri di pub dan kelab malam.tahniah la razif.




"aziz! aziz!" lamunan aziz terjaga dek kerana suara garau yang memanggil nama beliau bertalu-talu."oh kau jimmi,kenapa?" balas aziz sebaik terlihat kelibat jimmi,sahabat sekampung aziz."ikut aku cepat,si naim anak kak limah tu lari dari rumah!" jimmi bersuara kembali dengan nada tercungap."aziz pelik,"naim tu kan lelaki,suka hati bapak tiri dialah nak lari" aziz kembali membalas."masalahnya naim membawa bersama wang tunai 8 ribu ringgit berserta harga diri adik perempuannya! dirogol adik perempuannya sebelum lari"jimmi cakap kembali.darah jantan aziz membuak-buak mendengar penjelasan jimmi,"dasar melayu keparat!" aziz menghidupkan vespa putih milik ayahnya lalu pergi membonceng jimmi ke tempat kejadian untuk mengejar naim,si penagih melarat tak guna itu.tetapi sempat pula aziz berpatah balik lalu menghampiri rumah jirannya,"hoi budak,pinjam lastik" aziz cakap.sebaik anak jiran sebelah aziz menghulurkan lastik miliknya,terus aziz melastik ayam serama miliknya sendiri,berlari-lari ayamlah ayam serama tersebut.kemudian giliran empunya lastik pula dilastik,pap! tepat ke dahi.melepaskan geram dahulu sekiranya naim bedebah itu tidak dapat dikejar.apa lagilah masalah kaumnya selepas ini?



oleh:syakirindaud

Monday, January 3, 2011

PERTUMPAHAN DARAH

     Hari yang paling menakutkan dalam hidupku adalah ketika aku melihat satu pertumpahan darah berlaku di depan mataku. Ianya adalah konflik yang terjadi ketika seorang sahabat menjadi musuh. Konflik di antara Karim, Zaitun, Ramli dan Sabariah.
          Karim, teman baikku merupakan seorang yang sempurna dalam setiap aspek. Dia membina sebuah cinta yang kuat dengan Zaitun, gadis bermata bulat, bibir lembap kemerahan dan kulit putih seperti putihnya salji.
Pada masa yang sama, Ramli, pemain rugbi yang dikenali di kampus aku telah jatuh cinta dengan Zaitun. Setelah dia mendengar tentang Karim, dia menjadi sangat geram. Justeru, dia memutuskan untuk menghancurkan kehidupan Karim walau apa pun risikonya.

Sabariah adalah seorang gadis naif yang telah jatuh cinta dengan Ramli. Dia mengatakan kepada Ramli tentang perasaannya dan Ramli menerimanya hanya sebagai umpan untuk menjayakan rencana kerjanya.
         

          Pada suatu pagi valentine yang ceria, Karim berbual dengan aku dan Ramli.
          "Korang rasa hadiah apa yang sesuai untuk aku bagi kat dia nanti?" Tanya Karim kepada Ramli sambil memandang aku. Aku dapat melihat soalan yang sama tepampar di matanya yang berkilauan.
          "Aku rasa kau perlu bagi sejambak mawar merah sebab bagi aku mawar merah ni melambangkan  cinta sejati," kata Ramli. Aku mengangguk kepalaku selama beberapa kali menandakan aku setuju dengan cadangannya.
          "Aku harus bertindak sekarang!" Kata Ramli dalam fikirannya.
          

           Suatu hari dengan renyah kabut malam, penuh ketenangan turun di sekitarnya. Taman Datuk Vissagem merupakan salah satu tempat yang paling indah di bumi. Pepohon hijau mengelilingi tanpa berkisar dalam arah. Bunga seri pagi mekar dan tersebar melalui hamparan rumput hijau. Suara ketenangan bisa terdengar jelas. Karim mencium bau haruman bunga. Tiba-tiba, dia mendengar suara seorang gadis menyanyikan lagu dendangan Celine Dion dengan suara merdunya. She must have come from heaven! Karim berusaha mencari suara itu. Dia melihat seorang gadis cantik di bawah sebatang pepohon epal asli. Dia mendekati gadis itu dan ternyata gadis itu adalah Zaitun.
          Cuti semester sudah dekat. Jadi aku mengsyorkan kepada rakan-rakanku untuk bercuti ke sebuah pulau iaitu Mata Nui Island - tempat yang paling indah untuk bercuti. Mereka bersetuju dengan cadanganku. Seperti yang dirancang, kami tiba di sana pada malam Sabtu. Setelah tiba, kami check- in di Cope Cabana Hotel – hotel yang paling terkenal di antara pelancong yang datang. Bertuah bagi Ramli, dia boleh mulakan rencana syaitannya itu.
          

          Karim menerima surat tanpa nama daripada seorang pekerja hotel. Mata coklatnya berkilauan dalam kebahagiaan setelah dia membaca surat itu.
          "Ini daripada Zaitun. Dia meminta aku untuk makan malam dengannya!” kata Karim kepadaku.
          Sabariah tidak pernah bermaksud untuk menyakiti sesiapa pun. Tapi dia juga sangat mencintai Ramli. Jadi dia membuat keputusan. Kerana cintanya, dia sanggup membantu Ramli dalam misinya.
          Sementara Karim sedang duduk sendirian di five star double storey Restaurant, Sabariah tiba-tiba muncul di depan Karim. Mereka makan malam bersama. Pada masa yang sama, Ramli membawa Zaitun untuk menunjukkan bukti tentang hubungan Karim dan Sabariah. Aku telah menjejaki Ramli kerana aku merasakan pertanda buruk tentang dia.
          Zaitun terkejut melihat Karim dan Sabariah duduk bersama di meja makan malam berhiaskan cahaya lilin. Tanpa membuang masa, dia bergegas ke arah mereka dan terus menampar Karim. Kemudian dia cepat-cepat keluar dari sana dengan fikiran bingung. Karim tercengang. Dia tidak memahami apa yang telah terjadi. Kemudian, Ramli masuk ke dalam restoran dengan senyum sinis. Karim menyedari kehadiran Ramli lalu dengan pantas menyerangnya.
          Sabariah cuba untuk menenangkan kedua-dua mereka namun Karim dengan tidak sengaja menolaknya dari beranda dan Sabariah jatuh dari sana. " Sabariah!" Teriak Ramli. "Kau dah bunuh dia! Dan sekarang aku akan bunuh kau!" Jerit Ramli sambil mata berapinya melirik ke wajah Karim. Dalam sekelip mata Karim ditikam oleh Ramli.

Aku bergegas ke restoran selepas aku melihat seseorang jatuh dari beranda. Ketika aku memasuki restoran, aku melihat Karim dipenuhi darah. Demi menyembunyikan jejaknya, Ramli cuba membunuhku. Kami berjuang dalam pergelutan. Aku mengecam Ramli dengan tumbukan paduku dan tanpa sedar pisau itu menusuk ke dadanya.
          Kemudian, aku bergegas menuju ke arah Karim. Aku melihat dia sedang bertarung dengan kematian. Dia membisikkan sesuatu ke telingaku yang membuatkan aku berasa sangat terkejut. Kemudian, aku membuat panggilan kecemasan.
         Pada pagi hari berikutnya, polis mendapatkan tubuh Ramli dan Sabariah di kawasan restoran. Aku menceritakan kepada Zaitun tentang rancangan jahat Ramli. Zaitun begitu tertekan. Dia juga sedih atas pemergian Karim. Jauh dalam fikiran aku, aku teringat akan permintaan terakhir Karim terhadapku, "Jamal, aku nak kau jaga Zaitun seperti kau jaga diri kau sendiri," dan aku berjanji pada diri aku untuk menjadikan permintaan terakhir Karim sebagai realiti di masa hadapan.

“Allah berfirman: Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengah yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga suatu ketika (mati).”

Surah Al-A’raf:24

Sekian.

by: Aziz Harun