Pages

Monday, January 3, 2011

PERTUMPAHAN DARAH

     Hari yang paling menakutkan dalam hidupku adalah ketika aku melihat satu pertumpahan darah berlaku di depan mataku. Ianya adalah konflik yang terjadi ketika seorang sahabat menjadi musuh. Konflik di antara Karim, Zaitun, Ramli dan Sabariah.
          Karim, teman baikku merupakan seorang yang sempurna dalam setiap aspek. Dia membina sebuah cinta yang kuat dengan Zaitun, gadis bermata bulat, bibir lembap kemerahan dan kulit putih seperti putihnya salji.
Pada masa yang sama, Ramli, pemain rugbi yang dikenali di kampus aku telah jatuh cinta dengan Zaitun. Setelah dia mendengar tentang Karim, dia menjadi sangat geram. Justeru, dia memutuskan untuk menghancurkan kehidupan Karim walau apa pun risikonya.

Sabariah adalah seorang gadis naif yang telah jatuh cinta dengan Ramli. Dia mengatakan kepada Ramli tentang perasaannya dan Ramli menerimanya hanya sebagai umpan untuk menjayakan rencana kerjanya.
         

          Pada suatu pagi valentine yang ceria, Karim berbual dengan aku dan Ramli.
          "Korang rasa hadiah apa yang sesuai untuk aku bagi kat dia nanti?" Tanya Karim kepada Ramli sambil memandang aku. Aku dapat melihat soalan yang sama tepampar di matanya yang berkilauan.
          "Aku rasa kau perlu bagi sejambak mawar merah sebab bagi aku mawar merah ni melambangkan  cinta sejati," kata Ramli. Aku mengangguk kepalaku selama beberapa kali menandakan aku setuju dengan cadangannya.
          "Aku harus bertindak sekarang!" Kata Ramli dalam fikirannya.
          

           Suatu hari dengan renyah kabut malam, penuh ketenangan turun di sekitarnya. Taman Datuk Vissagem merupakan salah satu tempat yang paling indah di bumi. Pepohon hijau mengelilingi tanpa berkisar dalam arah. Bunga seri pagi mekar dan tersebar melalui hamparan rumput hijau. Suara ketenangan bisa terdengar jelas. Karim mencium bau haruman bunga. Tiba-tiba, dia mendengar suara seorang gadis menyanyikan lagu dendangan Celine Dion dengan suara merdunya. She must have come from heaven! Karim berusaha mencari suara itu. Dia melihat seorang gadis cantik di bawah sebatang pepohon epal asli. Dia mendekati gadis itu dan ternyata gadis itu adalah Zaitun.
          Cuti semester sudah dekat. Jadi aku mengsyorkan kepada rakan-rakanku untuk bercuti ke sebuah pulau iaitu Mata Nui Island - tempat yang paling indah untuk bercuti. Mereka bersetuju dengan cadanganku. Seperti yang dirancang, kami tiba di sana pada malam Sabtu. Setelah tiba, kami check- in di Cope Cabana Hotel – hotel yang paling terkenal di antara pelancong yang datang. Bertuah bagi Ramli, dia boleh mulakan rencana syaitannya itu.
          

          Karim menerima surat tanpa nama daripada seorang pekerja hotel. Mata coklatnya berkilauan dalam kebahagiaan setelah dia membaca surat itu.
          "Ini daripada Zaitun. Dia meminta aku untuk makan malam dengannya!” kata Karim kepadaku.
          Sabariah tidak pernah bermaksud untuk menyakiti sesiapa pun. Tapi dia juga sangat mencintai Ramli. Jadi dia membuat keputusan. Kerana cintanya, dia sanggup membantu Ramli dalam misinya.
          Sementara Karim sedang duduk sendirian di five star double storey Restaurant, Sabariah tiba-tiba muncul di depan Karim. Mereka makan malam bersama. Pada masa yang sama, Ramli membawa Zaitun untuk menunjukkan bukti tentang hubungan Karim dan Sabariah. Aku telah menjejaki Ramli kerana aku merasakan pertanda buruk tentang dia.
          Zaitun terkejut melihat Karim dan Sabariah duduk bersama di meja makan malam berhiaskan cahaya lilin. Tanpa membuang masa, dia bergegas ke arah mereka dan terus menampar Karim. Kemudian dia cepat-cepat keluar dari sana dengan fikiran bingung. Karim tercengang. Dia tidak memahami apa yang telah terjadi. Kemudian, Ramli masuk ke dalam restoran dengan senyum sinis. Karim menyedari kehadiran Ramli lalu dengan pantas menyerangnya.
          Sabariah cuba untuk menenangkan kedua-dua mereka namun Karim dengan tidak sengaja menolaknya dari beranda dan Sabariah jatuh dari sana. " Sabariah!" Teriak Ramli. "Kau dah bunuh dia! Dan sekarang aku akan bunuh kau!" Jerit Ramli sambil mata berapinya melirik ke wajah Karim. Dalam sekelip mata Karim ditikam oleh Ramli.

Aku bergegas ke restoran selepas aku melihat seseorang jatuh dari beranda. Ketika aku memasuki restoran, aku melihat Karim dipenuhi darah. Demi menyembunyikan jejaknya, Ramli cuba membunuhku. Kami berjuang dalam pergelutan. Aku mengecam Ramli dengan tumbukan paduku dan tanpa sedar pisau itu menusuk ke dadanya.
          Kemudian, aku bergegas menuju ke arah Karim. Aku melihat dia sedang bertarung dengan kematian. Dia membisikkan sesuatu ke telingaku yang membuatkan aku berasa sangat terkejut. Kemudian, aku membuat panggilan kecemasan.
         Pada pagi hari berikutnya, polis mendapatkan tubuh Ramli dan Sabariah di kawasan restoran. Aku menceritakan kepada Zaitun tentang rancangan jahat Ramli. Zaitun begitu tertekan. Dia juga sedih atas pemergian Karim. Jauh dalam fikiran aku, aku teringat akan permintaan terakhir Karim terhadapku, "Jamal, aku nak kau jaga Zaitun seperti kau jaga diri kau sendiri," dan aku berjanji pada diri aku untuk menjadikan permintaan terakhir Karim sebagai realiti di masa hadapan.

“Allah berfirman: Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengah yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga suatu ketika (mati).”

Surah Al-A’raf:24

Sekian.

by: Aziz Harun

No comments:

Post a Comment