Pages

Thursday, January 13, 2011

cerita Lomografi

LOMOGRAFI. apa benda tu?kenapa dengan benda ?tu

ok ,hari ni kita cerita pasal lomo.Lomografi merupakan salah satu cabang fotografi. Mereka yang mengambil gambar menggunakan kamera lomo dan meminati bidang lomografi digelar lomografer. kamera lomo menggunakan filem. Kamera yang digunakan juga khusus. Terdapat pelbagai jenis kamera lomo,walau bagaimanapun konsepnya tetap sama untuk menghasilkan gambar-gambar yang menarik ,unik dan gambar yang tidak dapat diduga.

 kamera lomo

-menggunakan filem
-menghasilkan gamba yang luar biasa
-ringan
-kos yang berpatutan
-teknik yang bebas

dan banyak lagi. macam orang cakap "belum cuba belum tahu".


sumber :Lomography.com(superloqy)

untuk info menarik lagi..pergi ke http://www.lomography.com/

Wednesday, January 5, 2011

renungan seorang penganggur

aziz termenung di tepi beranda.lamunanya kosong..sepi..sayu mengenangkan nasib kaumnya yang kian layu di buai rona-rona mimpi.gitar kapok di tangannya tidak lagi aziz pedulikan walau dia baru menghafal kod lagu racun,nyanyian kumpulan the changcuters.aziz cuma seorang graduan universiti tempatan yang kini sedang menanti peluang pekerjaan.nekad aziz,peluang yang datang akan di terima dengan berlapang dada.tidak kisahlah penjawat awam mahupun swasta.sepatutnya aziz kini duduk bersenang lenang melepas lelah,setelah berhempas pulas menghabiskan masternya.namun, jiwa aziz tidak tenteram sebaik sahaja pulang.ada sahaja yang merungsingkan benaknya.fikiran aziz jauh melayang layang memikirkan masalah dunia melebihi seorang politikus yang pening memikirkan penipuan apakah yang bakal digunapakai untuk memenangi pilihan raya kali ini.




teringat lagi kejadian pagi tadi,sewaktu aziz ke kedai runcit pak majid di hujung simpang.aziz menunggang motor vespa putih milik arwah ayahnya.sedang menikmati perjalanan ke kedai,aziz terserempak dengan syieda si cantik pujaan hati aziz.syieda dan aziz sebaya,bezanya aziz menyambung pelajaran ke universiti tetapi syieda bersekolah setakat tingkatan 5 lalu bekerja di kuala lumpur.walaupun begitu,syieda tetap cantik.kulit yang putih mulus,rambut keperang-perangan,tahi lalat manis di dagu,menduga iman setiap teruna.syieda melemparkan sejambak senyuman kepada aziz,lalu aziz membalas kembali."seksi betul syieda sekarang,cantik macam minah saleh" getus hati aziz.




setelah membeli gula sekilo,aziz bercadang untuk pulang.sebelum sempat aziz menghidupkan motor,satu suara menyapa lembut dari belakang "abang,mintak tolong hantar balik rumah boleh?" aziz menoleh,"oh syieda,boleh la syieda" aziz malu-malu agas.dalam perjalanan,aziz berborak-borak dengan syieda.jarang peluang begini datang.sesekali aziz menekan brek walaupun tiada lubang di jalan mahupun bonggol.gatal juga kau ni aziz.syieda hanya mencubit aziz manja."abang,abang kalau sangap,datanglah rumah syieda ya" syieda cakap.aziz terkejut bercampur hairan,sangap? "maksud syieda?" aziz bertanya."kerja syieda di sana memang melayan lelaki,syieda tahu kehendak lelaki.abang janganlah malu-malu ya,syieda layan abang free aje,cuti ni syieda sangap juga ni,itupun kalau abang mahu"..astagha! rupa-rupanya bidadari aziz yang aziz anggap bidadari ini seorang penjaja tubuh? muka aziz merah padam menahan marah serta malu.tetap aziz cuba menahan perasaannya itu"ya lah,tapi abang belum sangap lagi,nantilah ya(perempuan sheall)" aziz menjawab selamba.namun hakikatnya,hati aziz ibarat dipotong potong kecil berbentuk kiub,lalu ditonyoh ke dalam alat pengisar kelapa.berkecai-kecai..aduhh syieda,pedihnyaaa...pulang ke rumah,aziz terus menerajang punggung anak jiran sebelahnya yang selalu melastik ayam serama belaan aziz.




aziz masih statik di beranda rumahnya..sugul di situ,diam seribu bahasa..aziz cuba merevise kembali senarai sahabat-sahabat karibnya untuk diajak melepak bersama.jamal,abdillah,saat,john,bad..bad? kawan paling akrab aziz ialah bad atau nama di dalam lesen memandunya badiuzzaman.sesuai dengan namanya yang bermaksud kegemilangan zaman,bad sememangnya seorang lelaki yang berjaya dengan gemilang.seorang ketua pengawas di sekolah rendah,mempunyai basikal chopper yang bergaya sewaktu itu,menjadi presiden persatuan matematik di sekolah menengah,seterusnya seorang ahli majlis perwakilan pelajar di universiti.sememangnya,bad digilai gadis sezamannya dan dicemburui para jejaka.ibarat tiada cacat celanya si bad ini.namun,legasi kegemilangan badiuzzaman tidak  disambung selepas itu.belumpun sempat bad menggenggam segulung ijazah,badiuzzaman nekad untuk berhenti dari menyambung pelajaran di pertengahan semester.berita tentang bad tersebar dari fakulti ke fakulti,menjadi tamparan hebat buat universiti.bad punya alasan tersendiri,beliau kini menceburi bidang perniagaan,namun bukan calang-calang perniagaan tetapi skim perniagaan bertingkat-tingkat atau lebih akrab dikenal sebagai m.l.m.bad kerap kali ponteng kuliah untuk memberi jalan kepada bisnes barunya itu,selalu bad mencanang dan menyebar propaganda kepada rakan-rakan tentang kejayaan usahanya yang memperoleh pendapatan lebih dari 20k dalam masa 3 bulan! bad yakin bahawa beliau sudah menemui lubuk kejayaan,lubuk duit.lalu dicabut gelaran mahasiswa dari bahunya.menangis si ibu,ayahnya cuma mampu menggelengkan kepala dengan sikap angkuh bad "lagi 2 tahun,duit along akan jadi lagi besar dari gaji ibu dan ayah,tengok sahajalah!" kata badiuzzaman kepada ibu dan ayahnya.sopan? cubalah baca statement bad itu dengan nada sopan,selamat berjaya!




aziz masih di situ,terdiam seribu bahasa..aziz terkenangkan pula razif,sahabat aziz di universiti.razif seorang anak ustaz yang tersohor di banting,selangor.ayahnya salah seorang pengasas pusat perubatan islam di situ.namun sayang,iman itu sememangnya tidak dapat diwarisi.razif lebih selesa mempraktiskan ilmu kamasutranya bersama daging yang tidak halal.ya,razif seorang kasanova berjaya! bertukar-tukar perempuan ibarat pakaian,tidak kira siswi,guru tadika,mak janda,semua disebatnya.asalkan adik botaknya tidak kempunan.ramai wanita layu dipelukan razif.berbekalkan wajah  kacak serta lakonan berlagak alimnya,dengan mudah razif merangka syair puisi dajal durjana.lalu ditiup kepada mana-mana wanita yang dia suka,maka terpukaulah dek sukma ashmaradana.tetapi hukum karma,tuhan itu maha adil.razif disahkan menghidap penyakit HIV dan Aids.keadaan razif semakin cacamarba dengan janggut dan misai berserakan di wajah,kurus kering di tambah kurap anjing di kepala.razif kini tidak sekacak dulu.hari-hari yang tersisa telah razif manfaatkan sebaiknya dengan menenangkan diri di pub dan kelab malam.tahniah la razif.




"aziz! aziz!" lamunan aziz terjaga dek kerana suara garau yang memanggil nama beliau bertalu-talu."oh kau jimmi,kenapa?" balas aziz sebaik terlihat kelibat jimmi,sahabat sekampung aziz."ikut aku cepat,si naim anak kak limah tu lari dari rumah!" jimmi bersuara kembali dengan nada tercungap."aziz pelik,"naim tu kan lelaki,suka hati bapak tiri dialah nak lari" aziz kembali membalas."masalahnya naim membawa bersama wang tunai 8 ribu ringgit berserta harga diri adik perempuannya! dirogol adik perempuannya sebelum lari"jimmi cakap kembali.darah jantan aziz membuak-buak mendengar penjelasan jimmi,"dasar melayu keparat!" aziz menghidupkan vespa putih milik ayahnya lalu pergi membonceng jimmi ke tempat kejadian untuk mengejar naim,si penagih melarat tak guna itu.tetapi sempat pula aziz berpatah balik lalu menghampiri rumah jirannya,"hoi budak,pinjam lastik" aziz cakap.sebaik anak jiran sebelah aziz menghulurkan lastik miliknya,terus aziz melastik ayam serama miliknya sendiri,berlari-lari ayamlah ayam serama tersebut.kemudian giliran empunya lastik pula dilastik,pap! tepat ke dahi.melepaskan geram dahulu sekiranya naim bedebah itu tidak dapat dikejar.apa lagilah masalah kaumnya selepas ini?



oleh:syakirindaud

Monday, January 3, 2011

PERTUMPAHAN DARAH

     Hari yang paling menakutkan dalam hidupku adalah ketika aku melihat satu pertumpahan darah berlaku di depan mataku. Ianya adalah konflik yang terjadi ketika seorang sahabat menjadi musuh. Konflik di antara Karim, Zaitun, Ramli dan Sabariah.
          Karim, teman baikku merupakan seorang yang sempurna dalam setiap aspek. Dia membina sebuah cinta yang kuat dengan Zaitun, gadis bermata bulat, bibir lembap kemerahan dan kulit putih seperti putihnya salji.
Pada masa yang sama, Ramli, pemain rugbi yang dikenali di kampus aku telah jatuh cinta dengan Zaitun. Setelah dia mendengar tentang Karim, dia menjadi sangat geram. Justeru, dia memutuskan untuk menghancurkan kehidupan Karim walau apa pun risikonya.

Sabariah adalah seorang gadis naif yang telah jatuh cinta dengan Ramli. Dia mengatakan kepada Ramli tentang perasaannya dan Ramli menerimanya hanya sebagai umpan untuk menjayakan rencana kerjanya.
         

          Pada suatu pagi valentine yang ceria, Karim berbual dengan aku dan Ramli.
          "Korang rasa hadiah apa yang sesuai untuk aku bagi kat dia nanti?" Tanya Karim kepada Ramli sambil memandang aku. Aku dapat melihat soalan yang sama tepampar di matanya yang berkilauan.
          "Aku rasa kau perlu bagi sejambak mawar merah sebab bagi aku mawar merah ni melambangkan  cinta sejati," kata Ramli. Aku mengangguk kepalaku selama beberapa kali menandakan aku setuju dengan cadangannya.
          "Aku harus bertindak sekarang!" Kata Ramli dalam fikirannya.
          

           Suatu hari dengan renyah kabut malam, penuh ketenangan turun di sekitarnya. Taman Datuk Vissagem merupakan salah satu tempat yang paling indah di bumi. Pepohon hijau mengelilingi tanpa berkisar dalam arah. Bunga seri pagi mekar dan tersebar melalui hamparan rumput hijau. Suara ketenangan bisa terdengar jelas. Karim mencium bau haruman bunga. Tiba-tiba, dia mendengar suara seorang gadis menyanyikan lagu dendangan Celine Dion dengan suara merdunya. She must have come from heaven! Karim berusaha mencari suara itu. Dia melihat seorang gadis cantik di bawah sebatang pepohon epal asli. Dia mendekati gadis itu dan ternyata gadis itu adalah Zaitun.
          Cuti semester sudah dekat. Jadi aku mengsyorkan kepada rakan-rakanku untuk bercuti ke sebuah pulau iaitu Mata Nui Island - tempat yang paling indah untuk bercuti. Mereka bersetuju dengan cadanganku. Seperti yang dirancang, kami tiba di sana pada malam Sabtu. Setelah tiba, kami check- in di Cope Cabana Hotel – hotel yang paling terkenal di antara pelancong yang datang. Bertuah bagi Ramli, dia boleh mulakan rencana syaitannya itu.
          

          Karim menerima surat tanpa nama daripada seorang pekerja hotel. Mata coklatnya berkilauan dalam kebahagiaan setelah dia membaca surat itu.
          "Ini daripada Zaitun. Dia meminta aku untuk makan malam dengannya!” kata Karim kepadaku.
          Sabariah tidak pernah bermaksud untuk menyakiti sesiapa pun. Tapi dia juga sangat mencintai Ramli. Jadi dia membuat keputusan. Kerana cintanya, dia sanggup membantu Ramli dalam misinya.
          Sementara Karim sedang duduk sendirian di five star double storey Restaurant, Sabariah tiba-tiba muncul di depan Karim. Mereka makan malam bersama. Pada masa yang sama, Ramli membawa Zaitun untuk menunjukkan bukti tentang hubungan Karim dan Sabariah. Aku telah menjejaki Ramli kerana aku merasakan pertanda buruk tentang dia.
          Zaitun terkejut melihat Karim dan Sabariah duduk bersama di meja makan malam berhiaskan cahaya lilin. Tanpa membuang masa, dia bergegas ke arah mereka dan terus menampar Karim. Kemudian dia cepat-cepat keluar dari sana dengan fikiran bingung. Karim tercengang. Dia tidak memahami apa yang telah terjadi. Kemudian, Ramli masuk ke dalam restoran dengan senyum sinis. Karim menyedari kehadiran Ramli lalu dengan pantas menyerangnya.
          Sabariah cuba untuk menenangkan kedua-dua mereka namun Karim dengan tidak sengaja menolaknya dari beranda dan Sabariah jatuh dari sana. " Sabariah!" Teriak Ramli. "Kau dah bunuh dia! Dan sekarang aku akan bunuh kau!" Jerit Ramli sambil mata berapinya melirik ke wajah Karim. Dalam sekelip mata Karim ditikam oleh Ramli.

Aku bergegas ke restoran selepas aku melihat seseorang jatuh dari beranda. Ketika aku memasuki restoran, aku melihat Karim dipenuhi darah. Demi menyembunyikan jejaknya, Ramli cuba membunuhku. Kami berjuang dalam pergelutan. Aku mengecam Ramli dengan tumbukan paduku dan tanpa sedar pisau itu menusuk ke dadanya.
          Kemudian, aku bergegas menuju ke arah Karim. Aku melihat dia sedang bertarung dengan kematian. Dia membisikkan sesuatu ke telingaku yang membuatkan aku berasa sangat terkejut. Kemudian, aku membuat panggilan kecemasan.
         Pada pagi hari berikutnya, polis mendapatkan tubuh Ramli dan Sabariah di kawasan restoran. Aku menceritakan kepada Zaitun tentang rancangan jahat Ramli. Zaitun begitu tertekan. Dia juga sedih atas pemergian Karim. Jauh dalam fikiran aku, aku teringat akan permintaan terakhir Karim terhadapku, "Jamal, aku nak kau jaga Zaitun seperti kau jaga diri kau sendiri," dan aku berjanji pada diri aku untuk menjadikan permintaan terakhir Karim sebagai realiti di masa hadapan.

“Allah berfirman: Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengah yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga suatu ketika (mati).”

Surah Al-A’raf:24

Sekian.

by: Aziz Harun

Thursday, December 30, 2010

SELAMAT TAHUN BARU

SELAMAT TAHUN BARU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA DAN HARAP TAHUN BARU NIE LEBIH BERMAKNA..



POM POM POM BUNYI MERCUN KEBABOM

Wednesday, December 29, 2010

sebuah piala untuk MALAYSIA..TAHNIAH SKUAD BOLA SEPAK NEGARA

tahniah setinggi-tinggi tahniah buat skuad bola sepak Malaysia kerana telah membuat kan semua rakyat Malaysia bangga.
skuad bola sepak Indonesia tidak dapat mengekang Malaysia.. walaupun dihadiahkan penalti Indonesia tetap tidak dapat membolosi gawang Malaysia dan 2 gol yang bolos tu boleh dianggap nasib mungkin..haha siapa tahu kan..

harimau Malaysia meratah garuda Indonesia dengan agregat 4-2
anda hebat walaupun stadium Bung Karno dipenuhi dengan penyokong Indonesia dancahaya laser lagi2 laser dari coli Julia Perez haha pemain Malaysia x tergoda pown lh kat Malaysia ramai lh yang cun2 dari ko hahaha dh lh dada x lawa lagi mau pakai laser.weekkk.

tahniah Rajagobal sebab berjaya bawak pasukan Malaysia memenangi piala Suzuki nie dan memecahkan keegoan Indonesia.yes..

tahniah jugak dkat Khairul Fahmi sebab menyelamatkan penalti Indonesia dan 2 gol yang bolos 2 bukan salah anda bagi ak sbb gol 2 mmng susah nk tangkap bagi Victor Valdes pown belom tentu dy dapat tangkap. Tahniah sebab bermain dengan baik dan cara ko main mmng line2 profesional antarabangsa punye. Harap teruskan pancapaian yerk..



tahniah jugak kat Safee sebab jadi penjaring terbanyak kejohanan sebanyak 5 gol kalo x silap ak lh termasuk gol kemenangan Malaysia..Tahniah.

x adil kalo ak puji 2 orang jerk jadi ak nk puji semua sekali. korang sume bermain dengan cukup baik dan tahniah sebab membuat kan rakyat Malaysia bangga..

KITA JUARA YEAHHHH

terima kasih jugak kan PM kita sebab bagi cuti diatas kemenangan Malaysia
YEahhhh




dapatkah Malaysia mengembalikan zaman kegemilangan Soh Chin Aun dan Mokhtar Dahari???
sama2 kita renungkan..
GO MALAYSIA YEAHHHHHH!!!!!!!!

Thursday, December 23, 2010

Vespa Putih


Tengah hari yang panas membuat kan peluh menjurai membasahi tubuh pak Ramlee namun dia masih tidak berganjak duduk di sudut rumah kayu nya yang usang dan kian ditelan zaman seperti usia nya. Pak Ramlee duduk termenung di sudut rumah nya sejak pagi tadi selepas dia pulang dari menjual getah hasil torehan nya di pekan. Pak Ramlee masih duduk di situ sambil memerhatikan sebuah vespa buruk berwarna putih di dalam bangsal rumah nya sambil air mata kesayuan perlahan2 membasahi pipi pak Ramlee. Banyak kenangan pahit dan manis pak Ramlee bersama vespa buruk nya itu. Suatu masa dulu vespa putih itu cantik dan berkilat begitu juga dengan  pak Ramlee yang masih segak dan bergaya seperti artis sekitar zaman 60an dahulu.

Vespa putih ini lah yang menghantar arwah isteri nya ke rumah mak bidan untuk bersalin anak tunggal mereka. Isteri pak Ramlee meninggal ketika melahirkan anak tunggal nya itu.

Vespa putih ini jugalah yang membelikan permainan, lampin, susu dan pakaian untuk anak tunggal nya itu.

Vespa putih ini lah yang menghantar anak nya ke sekolah setiap hari tanpa mengenal jemu demi menyekolah kn anaknya.

Vespa putih ini juga digunakan oleh pak Ramlee untuk ke bendang, ke pasar untuk menjual ikan, ke kebun getah nya untuk menorah dan segala-gala nya demi mencari duit demi melihat anak nya hidup senang dan terus menuntut ilmu tidak seperti diri nya yang bersekolah setakat darjah 1.

Vespa putih ini juga yang membawa pak Ramlee pergi ke pejabat tanah untuk menukar nama tanah kepada nama orang yang telah membeli tanah bendang pak Ramlee dan duit itu digunakan pak Ramlee untuk menghantar anak nya menyambung pelajaran ke University di luar Negara.

Vespa putih ini telah membawa pak Ramlee dan anaknya ke KLiA untuk anaknya diterbangkan keluar Negara demi mengengam segulung ijazah untuk Berjaya.

Pak Ramlee masih ingat kata2 anaknya kepada pak Ramlee “ayah tunggu kepulangan Ajis ke tanah air dengan segulung ijazah demi membalas jasa ayah selama ini dan Ajis  janji akan membahagiakan ayah suatu hari nanti dan Ajis akan pulang ke Malaysia dengan selamat ayah”

Tetapi semua itu berakhir setelah 6 tahun kemudian apabila pesawat yang sepatutnya membawa pulang anak pak Ramlee dirompak di tengah2 udara ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia dan pesawat itu terhempas di tengah2 padang pasir di Sudan. 90 orang tebunuh dan 10 orang lagi hilang tanpa berita dan anak pak Ramlee tergolong dalam mangsa yang hilang tanpa berita. Pak Ramlee percaya anak nya masih hidup kerana nalurinya kuat mengatakan anak nya masih hidup.

Kini sudah 15 tahun peristiwa menyedihkan itu berlaku dan pak Ramlee sentiasa berdoa agar anaknya pulang kembali ke pangkuan nya.



by: WJ

Monday, December 20, 2010

Ngangkung

minggu lepas comunity of Suka menganjurkan aktivity 'jom tengok wayang same2'
cerite kali nie ialah Ngangkung..sebab ap cter nie dipilih?? hah sebab nyer ak pown x tau....dtg tros beli tiket jerk x pkir ap2 pown hahahaha...


hah nie poster cter 2..xde ap rahsia di sebalik poster nie..

ak xnk komen pasal cter nie...
sbb ap ak xnk komen sebab lps hbes cerite nie ak pergi temuramah beberapa org yg tengok cter nie saing2 ak td haha jd biar dyorang komen




mangsa 1..
NAMA: Mak Cik Limah Sweet(name myspace katenye)   45 tahun
Tempat TInggal: dtg dari Singapura bersama 2 org anak dan 16 cucu nyer...(cucu dy pegi tengok cter Narnia)
Pekerjaan: suri rumah tangga 15 tingkat kondominium

komen: ntah makcik x brp nk paham pown cter nie sbb makcik nie rabun jauh jadi x nmpk pown ap yg makcik tengok..time org gelak makcik gelak lh time org nanges makcik nanges lh..cter nie pasal ap nie??? kangkung ea??? makcik x nmpk pown kangkung kt cter nie..xde unsur2 sayur pown cter nie..ap2 pown cter nie macam best hehehehehe




mangsa 2...
NAMA: Rahsia (encik nie xnk bgatau name dy) -umur pown rahsia
Tempat Tinggal: ko nk buat ap tau??(kate encik nie kat ak)
Pekerjaan: rahsia(dy xnk kasi tau lg)

komen: rahsia lh nk tau tengok r sendiri ....(naseb baek ak x hempuk encik nie ngn buku direktori yellow pages yang mak ak bekalkan kt ak kalo ad emergency 2 huh)




mangsa 3...
NAMA: Cik Sabar Biah binti Babu -20 tahun
Tempat Tinggal: rumah pangsa 2 tingkat di perkampungan orang asli New Zealend
Pekerjaan:pelajar sepenuh masa di pusat pengajian tinggi awam Oxford

komen:hikhikhik(tergedik2)awk nie nakal lh mnx kite punyer komen..ok2 komen kite kat citer nie best and hikhikhik(gedik lagi) and kite suke lh kat pelakon Angah 2 yg pegang watak Wan sbb dy cute hikhikhik(asyik gedik jerk) cter nie best giler hikhikhikhik(hah kali nie ak teros tampar dy tanpa bnyak bunyik and belah dari tempat kejadian..gedik nk mampos)



mangsa 4...
NAMA: Abdul Serius bin Sangat Komitmen -48 tahun
Tempat Tinggal: rumah yang sangat serius di taman perumahan Sangat Serius berposkod 888888
Pekerjaan:Guru disiplin yang serius di Sekolah Menengah Kebangsaan Tidak Serius

komen: cter nie kelakar sangat hehehehehe(gelak sambil buat muka serius) tapi saya x suka citer nie sebab sy suka citer serius..saya pelik kenapa org yang tengok cter nie sangat x serius dan x fokus sebab dyorang tengok cter nie sambil gelak..huh yang ko nie apsal serius sangat rakam ap yg ak ckap nie??ak jerk yang bole serius paham ...dh 2 jerk komen ak yang serius nie..sekian salam serius..




mangsa 5
NAMA: Junior bin Senior -6 tahun
Tempat Tinggal: rumah mak bapak
Pekerjaan: penggali kubur junior dan amateur

komen: perghh sedih gile lh bang cter nie...dah 4 baldi saya tadah air mata saya..tapi saya hairan lh bang kenapa org laen ketawa sedangkan cter nie sedeh giler huhuhuhuhu(nanges sambil hentak-hentak kaki)
dah lh bang saya x boleh komen banyak sbb saya sedih nie..ap2 pown citer nie best sbb nie dah kali ke 13 saya tengok cter nie...huhuhuhuhuhu(sambung nanges tapi kali nie lagi kuat sambil bershufel)




nie lah tempat kejadian interview nie (bukan gambar sebenar)



sekian sahaja interview ni sbb ak dh x boleh nk sambung coz kalo ak sambung kene darah tinggi lh ak pasal bingit sangat ngn org2 yg kene interview nie..hehehehe papehal pown cter nie best...