Thursday, December 23, 2010

Vespa Putih


Tengah hari yang panas membuat kan peluh menjurai membasahi tubuh pak Ramlee namun dia masih tidak berganjak duduk di sudut rumah kayu nya yang usang dan kian ditelan zaman seperti usia nya. Pak Ramlee duduk termenung di sudut rumah nya sejak pagi tadi selepas dia pulang dari menjual getah hasil torehan nya di pekan. Pak Ramlee masih duduk di situ sambil memerhatikan sebuah vespa buruk berwarna putih di dalam bangsal rumah nya sambil air mata kesayuan perlahan2 membasahi pipi pak Ramlee. Banyak kenangan pahit dan manis pak Ramlee bersama vespa buruk nya itu. Suatu masa dulu vespa putih itu cantik dan berkilat begitu juga dengan  pak Ramlee yang masih segak dan bergaya seperti artis sekitar zaman 60an dahulu.

Vespa putih ini lah yang menghantar arwah isteri nya ke rumah mak bidan untuk bersalin anak tunggal mereka. Isteri pak Ramlee meninggal ketika melahirkan anak tunggal nya itu.

Vespa putih ini jugalah yang membelikan permainan, lampin, susu dan pakaian untuk anak tunggal nya itu.

Vespa putih ini lah yang menghantar anak nya ke sekolah setiap hari tanpa mengenal jemu demi menyekolah kn anaknya.

Vespa putih ini juga digunakan oleh pak Ramlee untuk ke bendang, ke pasar untuk menjual ikan, ke kebun getah nya untuk menorah dan segala-gala nya demi mencari duit demi melihat anak nya hidup senang dan terus menuntut ilmu tidak seperti diri nya yang bersekolah setakat darjah 1.

Vespa putih ini juga yang membawa pak Ramlee pergi ke pejabat tanah untuk menukar nama tanah kepada nama orang yang telah membeli tanah bendang pak Ramlee dan duit itu digunakan pak Ramlee untuk menghantar anak nya menyambung pelajaran ke University di luar Negara.

Vespa putih ini telah membawa pak Ramlee dan anaknya ke KLiA untuk anaknya diterbangkan keluar Negara demi mengengam segulung ijazah untuk Berjaya.

Pak Ramlee masih ingat kata2 anaknya kepada pak Ramlee “ayah tunggu kepulangan Ajis ke tanah air dengan segulung ijazah demi membalas jasa ayah selama ini dan Ajis  janji akan membahagiakan ayah suatu hari nanti dan Ajis akan pulang ke Malaysia dengan selamat ayah”

Tetapi semua itu berakhir setelah 6 tahun kemudian apabila pesawat yang sepatutnya membawa pulang anak pak Ramlee dirompak di tengah2 udara ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia dan pesawat itu terhempas di tengah2 padang pasir di Sudan. 90 orang tebunuh dan 10 orang lagi hilang tanpa berita dan anak pak Ramlee tergolong dalam mangsa yang hilang tanpa berita. Pak Ramlee percaya anak nya masih hidup kerana nalurinya kuat mengatakan anak nya masih hidup.

Kini sudah 15 tahun peristiwa menyedihkan itu berlaku dan pak Ramlee sentiasa berdoa agar anaknya pulang kembali ke pangkuan nya.



by: WJ

4 comments: